Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Perlindungan Paling Berpanjangan Kita Jumpai dlm Tuhan, Bahagian 2/5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Akhir-akhir ini, saya baca dlm akhbar banyak perkara yang sangat menarik. Contohnya, sekarang doktor pun mengakui bahawa orang yang ada kepercayaan agama kadangkala sembuh dgn lebih baik atau sekurang-kurangnya ada lebih banyak kekuatan dalam ketahanan dan penerimaan keadaan kesihatan mereka. Mereka lebih optimistik, lebih ceria kerana percaya kepada Tuhan. Malah itu. Meskipun mereka tak nampak Tuhan seperti kita, dan tak nampak Tuhan bantu mereka, namun tetap percaya kepada Tuhan. Kepercayaan ini bantu mereka dengan penyakit dan doktor tahu akan itu sekarang. Dan juga pada waktu bencana, apabila orang percaya kepada Tuhan, mereka rasa lebih tenang. […]

Seluruh Amerika bersimpati dengan mangsa, saya percaya. Itulah waktu mereka rasa rapat sesama mereka, seluruh negara. Jadi itu bagus juga. Tapi saya rasa walaupun ada segala bencana ini, Amerika menjadi lebih baik. Jadi saya lihat dalam akhbar bahawa seperti dalam rancangan TV: Sekarang mereka mengurangkan keganasan yang malah ada dalam rancangan muzik, dan rancangan radio atau pita muzik. Mereka nak mengurangkan segala jenis muzik ganas, segala jenis muzik yang memuliakan geng atau dadah atau kecenderungan seksual, sesuatu macam itu. Saya sangat gembira. Saya pasti ada banyak perkara lain yang Amerika mula buat dengan betul atau cuba buat dgn betul sejak lama dahulu lagi tetapi perlukan sesuatu jenis kuasa di sebalik itu untuk menggesa mereka. Jadi kita cuba berikan sebahagian kecil kuasa bersama dengan kumpulan spiritual yang lain untuk buat dunia menjadi tempat tinggal yang lebih baik.

Tetapi ini tak bermakna kita tiada bencana lagi. Ini tak bermakna kita tiada penyakit secara keseluruhannya kerana majoriti manusia masih berpaut pada tabiat mereka meskipun mereka tahu, banyak daripada mereka tahu itu tidak baik bagi mereka. Oleh itu, mereka perlukan sesuatu jenis kejutan seperti itu barangkali untuk mengejutkan mereka drpd mimpi. Tetapi saya tak sukanya. Saya tak suka itu kerana itu terlalu menyakitkan bagi orang. Oleh itu, kita cuba minimumkan kesakitan mereka dengan keprihatinan, penenangan material dan sokongan spiritual kita. Jika tidak, buat apa kita berada di sini? Buat apa kita berada di dunia ini? Jika kita sentiasa menyalahkan Tuhan atas segalanya dan berkata, “Oh, ini karma mereka! Ini karma mereka. Ini balasan buruk mereka,” maka buat apa kita berada di sini? Sama seperti anakmu, jika membuat sesuatu yang salah dan mencederakan diri sendiri, dah tentu, kamu tahu itu akibat perbuatan buruk anak tetapi kamu tetap membantu dia apabila dia tercedera. Betul? Apabila dia tercedera, apabila dia sakit, walaupun disebabkan oleh kebodohannya sendiri, perbuatannya sendiri, kita tetap bantu dia, tetap sayangi dia. Jadi sama juga, ini baik juga untuk kita mengamalkan nilai kemurahan hati dan belas kasihan. Segalanya yang kita buat adalah untuk seluruhnya, bukan untuk kita sendiri. Dunia telah menjadi lebih baik. […]

Photo Caption: Rendah diri, Cantik, Bermanfaat!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (2/5)
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android