Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Halo, semua anak tersayang Yang Maha Tinggi, Yang Paling Agung daripada semua Yang Paling Agung. Salam sejahtera kepada anda. Tahun Baharu vegan yang ceria, bertuah, makmur, damai! Seperkara, ini sejenis peringatan kepada kanak-kanak: Sekarang musim sejuk dan sejuk di banyak negara, jadi jagalah diri anda. Kekalkan kepanasan badan sepanjang masa. Jika anda perlu cuci tangan atau muka, pastikan air tidak meresap ke dalam bahagian lengan yang lebih dalam, di bawah pakaian atau di bawah kemeja.Semasa anda cuci tangan dan muka, anda cuci di dalam singki dan membongkok serendah mungkin, kemudian keringkannya sementara masih bongkokkan badan di sana. Apabila anda ingin mengeringkan tangan, tuala harus lebih rendah daripada siku anda, jadi air akan menitis ke atas lantai dan bukan ke dalam pakaian anda di bahagian yang lebih tinggi. Jika anda mencuci muka dan khuatir akan basahkan pakaian, maka mungkin anda tanggalkan kemeja atau balutkan tuala panjang, bersaiz sederhana di sekeliling leher kemeja anda dulu supaya air tidak membasahi pakaian. Macam ini anda dapat elakkan kesejukan yg akan secara perlahan-lahan menyentuh kulit anda dan buat anda rasa sakit kemudiannya.Kerana jika pakaian basah di mana-mana, ia akan beri kesakitan kepada anda terutama jika anda berada dalam iklim yang lebih sejuk dan kawasan berangin, atau semasa ada angin di luar, itu akan beri banyak kesakitan kpd anda dan kadangkala anda tak dapat gunakan lengan anda. Jadi kalau-kalau itu berlaku, pergilah jumpa doktor dan kekalkan kepanasan badan di dalam rumah. Lebih banyak berehat. Jangan salahgunakan lengan yg tercedera untuk masa yang panjang sehingga ia telah pulih sikit. Anda juga boleh bubuh salap panas pada lengan itu atau bahagian yang sakit itu.Kerana pakaian yang basah akan buat bahagian kecil itu tersumbat buat sementara waktu atau untuk jangka masa panjang. Jadi kekalkan kepanasan badan adalah sangat penting dan makan ubat seperti yang dipreskripsikan oleh doktor. Anda juga boleh lekatkan pad panas pada bahagian yang sakit. Pada musim panas pun, ini juga boleh berlaku. Bahagian pakaian yang basah juga akan beri kesakitan kepada anda terutama bagi orang tua dan mungkin kanak-kanak yang sensitif. Pastikanlah. Pada musim cuti pun, kita mesti membuat diri kekal sihat dan ceria supaya kita dapat nikmati seluruh tahun mendatang yang menakjubkan.Juga pastikan bahawa anda makan makanan yang betul dan sesuai. Buah-buahan dan sayuran pun ada sifat ‘buruk’. Jadi anda membuat kajian, memastikan yang mana sesuai bergabung dengan makanan apa, dan juga jangan makan terlalu banyak sesuatu yang boleh memudaratkan badan meskipun anda begitu suka akannya. Jika ia menyebabkan masalah sistem pencernaan, maka hentikanlah itu atau minimumkan pengambilan. Jagalah kanak-kanak. Saya beritahu anda semua ini supaya anda boleh beritahu anak anda dan menjaga anak juga, bukan diri sendiri saja.Jika sesetengah makanan, contohnya anda tahu bahawa ia tak begitu baik dan elok, maka anda perlu tukar, minimumkan atau gantikannya dengan makanan lain. Contohnya, seperti nasi, walaupun rasanya enak dan saya ‘ketagihnya’, seperti semua orang Asia, terdapat sedikit kesan, kuantiti arsenik, racun, di dalamnya, jadi anda boleh minimumkannya atau malah langsung tidak makannya. Makanan seperti sekoi, kuinoa, segala jenis kacang, lentil serta famili keladi, ubi keledek, kentang dan talas. Di Âu Lạc (Vietnam), kami ada banyak jenis keladi yang berlainan. Ia lazat, sangat berkhasiat juga, senang dimasak dan kurang mahal. Saya rasa anda tahu bagaimana menjaga diri. Ini hanyalah peringatan ringkas, baik supaya tidak banyak makan makanan yang tak begitu menyihatkan badan dalam jangka masa panjang atau jika dimakan dlm kuantiti yg begitu besar setiap hari.Sekarang, saya tahu bahawa kita harus bercakap tentang aspek rohani. Baiklah, kita mulakan. Ya, seperkara, barangkali anda nak tahu berapa banyak roh, berapa banyak orang kita dapat selamatkan di planet ini kalau-kalau pergolakan besar menimpa kita disebabkan oleh karma manusia yang amat besar, Tuhan dan Syurga pun tak dapat hapuskan. Mereka yang benar-benar bertaubat dan secara ikhlas ingin mencari Syurga semula mungkin dapat diselamatkan meskipun populasi seluruh planet ini dimusnahkan dengan rancangan terbaharu. Rancangan ini sudah dijalankan untuk seketika masa, ada banyak bencana dan isyarat amaran tetapi nampaknya manusia terlalu mabuk dengan fenomena fizikal di sekeliling mereka, sukar nak menahan segala godaan, jadi mereka tak benar-benar beri perhatian kepada amaran dan isyarat Tuhan dan juga amaran dan ajaran Guru.Oleh itu, sebenarnya setakat ini, saya sendiri, dengan Rahmat Tuhan Yang Maha Berkuasa, hanya dapat selamatkan 30% daripada populasi manusia di planet ini. Itu termasuk semua saiz, semua peringkat umur, kecuali manusia ubah fikiran mereka, lebih banyak beralih kepada cara hidup yang mulia dan bermoral, hidup berbelas kasihan serta berdoa kpd Tuhan, bersyukur kpd Tuhan atas segalanya yang mereka miliki dan juga atas selamatkan roh mereka. Maka 30%, itu bilangan tetap yang saya sendiri, dengan Nama Tuhan, dengan Rahmat Tuhan, dapat selamatkan, maksud saya secara fizikal. Pada asalnya, mengikut karma manusia, hanya 10% drpd manusia akan tertinggal jika landaan akhir menimpa!Roh ialah sesuatu yang lain. Sesetengah orang yang mati dlm bencana atau kawasan bergolak pun tetap dapat diselamatkan kemudiannya tetapi mereka perlu berada di neraka untuk seketika masa dan mungkin selama-lamanya di neraka jika mereka tidak beralih kepada Tuhan serta tidak bertaubat dan mengubah cara hidup mereka utk hidup mengikut Hukum Alam Semesta. Sebenarnya tiada Hukum jika anda hidup dengan kasih sayang dan belas kasihan terhadap makhluk lain sebanyak anda sendiri mahu mendapat kasih sayang dan belas kasihan daripada orang lain. Pengasas agama besar yang lain berkata begitu juga: Apa yg anda tidak mahu dibuat terhadap anda, jangan buat terhadap makhluk lain. Berbelas kasihanlah supaya Allah akan Berbelas Kasihan terhadap anda. Sayangi semua makhluk kerana mereka ialah saudara-mara dan rakan anda dll. Anda boleh baca rukun atau ajaran mana-mana agama, dan anda akan dapati ia sangat banyak menunjuk ke matlamat dan arah yang sama.Barangkali anda akan tanya saya, “Mengapa 30% saja?” Kerana nampaknya ada begitu banyak kononnya guru spiritual di seluruh planet, mengapa hanya 30% daripada manusia dapat diselamatkan? Dan sesetengah makhluk-haiwan juga dapat diselamatkan tapi bukan semuanya. Ini bergantung kepada karma, pahala dan kerendahan diri individu, bermakna taubat rendah diri dan kepercayaan kepada Tuhan dan Guru pada semua zaman di semua arah.Itu disebabkan oleh kejahilan manusia atau diracuni oleh kuasa negatif sejak zaman dahulukala lagi dan tidak sedar sepenuhnya, atau tidak sama sekali, atau tidak sempat. Oleh itu, kita hanya dapat selamatkan 30%, lebih kurang. Kerana hari ini, jika anda lihat di internet, anda lihat begitu banyak kononnya guru spiritual mendakwa diri bermakrifat penuh atau sebagai Buddha atau Guru Ji ini, Satguru itu tetapi mereka tiada sebarang kuasa untuk menaikkan roh manusia daripada kancah kejahilan dan sifat beracun muslihat dan perangkap Mara.Photo Caption: “Rindui Good Love, berfikir bagaimana saya akan habiskan lebih banyak masa berkualiti bersama dia jika saya ada satu lagi peluang... Apabila saya melangkah keluar untuk foto cahaya bulan segar, dia muncul di depan bulan dan pokok untuk ucapkan ‘hai’!!! Walaupun kawasan berkabus, saya dapat lihat dan rasai kasih sayang mesranya. Ini buat air mata bergenang! Dia lesap dengan cepat. Foto lain, tempat yang sama, menunjukkan bulan di belakang dahan pokok, bukan di depan.” “Dia bertukar menjadi lampu bebola putih lalu hilang dengan cepat.” Fotografi dan nota kapsyen oleh Mahaguru Ching Hai (vegan) ~ 14 Januari 2025